Assalamualaikum, selamat datang ke laman blog USJ 2 Veteran yang akan memaparkan kegiatan kelab.
Kegiatan terkini kelab ialah menganjurkan kutipan untuk sumbangan kepada Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong, Selangor.
Alhamdullilah Kelab berjaya mengutip lebih RM2,000-00. Wang terkumpul ini digunakan untuk membeli pelbagai keperluan dapur seperti minyak masak,beras, cili kering, sardin, tepung dan telur.
Terima kasih kepada Abg Long dan Sdr Jismi kerana bekerja keras membeli sendiri keperluan berkenaan di pasar borong Selangor.
Turut sama di majlis penyerahan itu Ahad lalu (30Ogos 2009) ialah Datuk Husin, Fuad Rahman, dan Azril sekeluarga. Kami sempat berbual dengan para pengendali rumah berkenaan Ustaz Zawawi dan Ustazah Arbaah. Mereka cukup berbesar hati atas sumbangan itu. Lebih 80 anak yatim tinggal di rumah ini.
Kepada semua yang menyumbang, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Semoga sumbangan tuan diberkati Allah di bulan yang mulia ini. Insyallah.
(Pix- Anak-anak di Rumah Amal Limpahan Kasih )
No comments:
Post a Comment